Thursday, April 1, 2010

Bloody Monday 2

Ya benar! Kegilaan saya yang terbaru, Bloody Monday 2! Ini adalah drama Jepun, yang boleh dikatakan baru, dan dengan plot cerita yang penuh saspens dan menarik, telah berjaya melekat dalam fikiran saya sepanjang hari!

Bloody Monday 2 adalah berkaitan dengan seorang hacker, penggodam yang sangat hebat, dengan nama samaran, Falcon. Falcon=burung helang. Takagi Fujimaru=Miura Haruma. Cerita ini sebenarnya adalah kesinambungan Bloody Monday 1. Kisah ini berkisar tentang tindakan pengganas yang ingin menguasai@menghapuskan Jepun, dan nampaknya, pihak Third-I, di bawah kuasa kerajaan, telah menemui bakat Falcon dan dia banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang tidak sudah-sudah ditimbulkan oleh pengganas. Bloody Monday itu sendiri adalah senjata, yang diguankan pengganas untuk merelalisasikan misi mereka. Dalam Season 2, Falcon berhadapan dengan pesaing hebat, Hornet. Walaubagaimanapun, kisah ini tidak semudah mana, terlalu banyak perkara yang agak sukar difahami dan anda hanya akan mendapat tahu jawapannya berhampiran hujung cerita.

Cerita ini begitu banyak disajikan dengan perkara-perkara yang mengejutkan, dan tak disangka-sangka. Apakah kesudahannya? Apakah Takagi dan Third-I berjaya menyekat harapan pengganas membina Jepun yang baru? Adakah kisah Bloody Monday akan tamat setakat ini atau ada perjalanan jauh yang masih perlu ditempuh? Saksikan!!!

No comments:

Post a Comment