Friday, April 9, 2010

ZE:A

Hai!! ZE:A? Apa tu?ZEA, atau Child of Empire adalah sebuah kumpulan Korea yang terdiri daripada 9 orang lelaki baru...!! Mereka berumur antara 18-22 tahun, abang besar Kevin dan adik kecil Dongjun. Awal tahun ni, mereka muncul dengan lagu 'Mazeltov', perkataan bahasa Hebrew yang bermaksud tahniah, atau berusaha! Lagu tersebut memang agak menarik, dan kelakar juga sebenarnya, kerana liriknya menyebut hari-hari dalam seminggu dan senarai Korean girls, Latin girls, American girls, Japan girls.... ya, saya mendapati kagu ini agak kelakar kerana lirik dan menarik kerana ritmanya.



Apapun, bukan itu yang saya mahu ceritakan sangat. Saya terpanggil untuk menulis pos ini kerana saya berkenan menterjemahkan lirik lagu All Day (Haru Jongil) lagu baru mereka.
Amaran: Lirik ini mengandungi perkataan merapu dan mungkin boleh menimbulkan ketidaksenangan, perkataan yang tidak terdapat dalam kamus dan perkataan yang mungkin boleh menjengkelkan. Jangan simpan dalam hati ya!

ZE:A All Day Satu hari penuh (Sepanjang hari)

Cintaku dah pergi
Sekarang ni.. nak lupakan kau pula
lupakan kau, lupakannya
padamkan kau, padamkannya
lupakan kau, lupakannya
padamkan kau, padamkannya

mencintai kau, menyesal betul aku
kenapa...lah aku je yang terluka macam ni
menyesallah.. beri kau segalanya yang aku ada
kau ni membencikan, membencikan, janganlah tinggalkan aku

Sial, kau tak terpadam pun
Sial, aku masih terfikirkan kau
Sial, air mataku belum kering

macam bodoh, aku asyik terfikirkan kau, sepanjang hari

Sial, kau jadi segalanya dalam hidupku
hari ini, memori kita dalam tanganku
kalaupun aku menangis tatkala menatap gambar kita yang dah terkoyak-koyak tu

kau dah jauh dah pun, meninggalkan aku pergi...

padam semuanya, lupakan semuanya
elok-elok, timbuskan kau dalam hatiku
sebanyak mana aku cintakan kau macam orang bodoh
jangan risaukan aku sayang, pergi lah dengan hidup kau

mencintai kau, menyesal betul aku
kenapa...lah aku je yang terluka macam ni
menyesallah.. beri kau segalanya yang aku ada
kau ni membencikan, membencikan, janganlah tinggalkan aku

Sial, kau tak terpadam pun
Sial, aku masih terfikirkan kau
Sial, air mataku belum kering

macam bodoh, aku asyik terfikirkan kau, sepanjang hari

kat manalah agak nya kau, apalah yang kau sedang buat
adakah kau hidup bahagia
kalaupun bukan aku
ramai lagi yang boleh buat kau bahagia
tapi kenapalah aku terluka sampai macam ni

hatiku masih nak kau, aku masih dalam cinta kau
hatiku masih cintakan kau, yang terus ada dalam ingatan
hatiku masih nak kau, kau masih ada dalam ni
tinggal aku seorang, macam nilah aku menangis

mencintai kau, menyesal betul aku
kenapa...lah aku je yang terluka macam ni
menyesallah.. beri kau segalanya yang aku ada
kau ni membencikan, membencikan, janganlah tinggalkan aku

Sial, kau tak terpadam pun
Sial, aku masih terfikirkan kau
Sial, air mataku belum kering

macam bodoh, aku asyik terfikirkan kau, sepanjang hari

lupakan kau, lupakannya
padamkan kau, padamkannya
lupakan kau, lupakannya
padamkan kau, padamkannya

macam bodoh je, sepanjang hari....

Tuesday, April 6, 2010

Kpop artists

SESETENGAH daripada artis kpop yang saya suka. bukan semua.. hahaha saya dapat tahu yang susah sebenarnya nak kenal setiap ahli dalam kumpulan mereka, jadi saya kepilkan nama bersama tuan punya badan dalam kumpulan tu. Jadi lebih senang untuk peminat baru untuk lebih kenali mereka.
Maaflah, sesetengah nama tak berapa jelas. Apapun, douzo.


















Cho Shin Sung, Supernova




















SuJu, Super Junior

















SS501, Double S
























SNSD So Nyeo Shi Dae, Girls Generation





















SHINee























DBSK Dong Bang Shin Ki, Tohoshinki, Tong Vfang Xin Qui TVXQ
















Beast B2st

Tak berapa hebat

Hari ni, saya keluar untuk tonton wayang Kaiji bersama kawan, Ultimate Survivor Kaiji. Sebenarnya saya sepatutnya keluar berseorangan, tapi kawan saya bersimpati, dia pun temankan dan heret sekali seorang lagi kawan..

Dan, nampaknya Kaiji belum muncul.

Ya, belum disiarkan. Dan saya pun diheret membeli belah, perkara paling lemah untuk saya buat. Tapi nak buat macam mana, terpaksalah juga mengelilingi One Utama tu. Rasa bengang jugalah. Tapi takpelah, sebab saya nampak iklan Lolipop 2 Big Bang, jadi terubat jugalah.

Saya pun terkilas sehelai T-shirt di FOS menyerupai t-shirt NII BigBang. Hm...

Takpelah, lepas ni nak tengok show Kat-Tun. hahahha

MySpace

Thursday, April 1, 2010

Gambar Bloody Monday 2

Ada beberapa gambar dari Bloody Monday 2 yang saya baru ambil. Alhamdulillah, dah tengok habis (tak berapa habis sebenarnya) sebab tak sempat nak muat... Ah, saya betul betul suka cerita ni! Cerita ni memang hebat, dan sangat bagus!
Ini gambar Takagi Fujimaru=Falcon=Miura Haruma



Patutkh saya ambil gamabr semua watak penting dalam cerita tu? Saya kurang pasti. Agaknya saya akan buat apabila saya rasa rajin. huhu

MySpace

Bloody Monday 2

Ya benar! Kegilaan saya yang terbaru, Bloody Monday 2! Ini adalah drama Jepun, yang boleh dikatakan baru, dan dengan plot cerita yang penuh saspens dan menarik, telah berjaya melekat dalam fikiran saya sepanjang hari!

Bloody Monday 2 adalah berkaitan dengan seorang hacker, penggodam yang sangat hebat, dengan nama samaran, Falcon. Falcon=burung helang. Takagi Fujimaru=Miura Haruma. Cerita ini sebenarnya adalah kesinambungan Bloody Monday 1. Kisah ini berkisar tentang tindakan pengganas yang ingin menguasai@menghapuskan Jepun, dan nampaknya, pihak Third-I, di bawah kuasa kerajaan, telah menemui bakat Falcon dan dia banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang tidak sudah-sudah ditimbulkan oleh pengganas. Bloody Monday itu sendiri adalah senjata, yang diguankan pengganas untuk merelalisasikan misi mereka. Dalam Season 2, Falcon berhadapan dengan pesaing hebat, Hornet. Walaubagaimanapun, kisah ini tidak semudah mana, terlalu banyak perkara yang agak sukar difahami dan anda hanya akan mendapat tahu jawapannya berhampiran hujung cerita.

Cerita ini begitu banyak disajikan dengan perkara-perkara yang mengejutkan, dan tak disangka-sangka. Apakah kesudahannya? Apakah Takagi dan Third-I berjaya menyekat harapan pengganas membina Jepun yang baru? Adakah kisah Bloody Monday akan tamat setakat ini atau ada perjalanan jauh yang masih perlu ditempuh? Saksikan!!!