Friday, April 9, 2010

ZE:A

Hai!! ZE:A? Apa tu?ZEA, atau Child of Empire adalah sebuah kumpulan Korea yang terdiri daripada 9 orang lelaki baru...!! Mereka berumur antara 18-22 tahun, abang besar Kevin dan adik kecil Dongjun. Awal tahun ni, mereka muncul dengan lagu 'Mazeltov', perkataan bahasa Hebrew yang bermaksud tahniah, atau berusaha! Lagu tersebut memang agak menarik, dan kelakar juga sebenarnya, kerana liriknya menyebut hari-hari dalam seminggu dan senarai Korean girls, Latin girls, American girls, Japan girls.... ya, saya mendapati kagu ini agak kelakar kerana lirik dan menarik kerana ritmanya.



Apapun, bukan itu yang saya mahu ceritakan sangat. Saya terpanggil untuk menulis pos ini kerana saya berkenan menterjemahkan lirik lagu All Day (Haru Jongil) lagu baru mereka.
Amaran: Lirik ini mengandungi perkataan merapu dan mungkin boleh menimbulkan ketidaksenangan, perkataan yang tidak terdapat dalam kamus dan perkataan yang mungkin boleh menjengkelkan. Jangan simpan dalam hati ya!

ZE:A All Day Satu hari penuh (Sepanjang hari)

Cintaku dah pergi
Sekarang ni.. nak lupakan kau pula
lupakan kau, lupakannya
padamkan kau, padamkannya
lupakan kau, lupakannya
padamkan kau, padamkannya

mencintai kau, menyesal betul aku
kenapa...lah aku je yang terluka macam ni
menyesallah.. beri kau segalanya yang aku ada
kau ni membencikan, membencikan, janganlah tinggalkan aku

Sial, kau tak terpadam pun
Sial, aku masih terfikirkan kau
Sial, air mataku belum kering

macam bodoh, aku asyik terfikirkan kau, sepanjang hari

Sial, kau jadi segalanya dalam hidupku
hari ini, memori kita dalam tanganku
kalaupun aku menangis tatkala menatap gambar kita yang dah terkoyak-koyak tu

kau dah jauh dah pun, meninggalkan aku pergi...

padam semuanya, lupakan semuanya
elok-elok, timbuskan kau dalam hatiku
sebanyak mana aku cintakan kau macam orang bodoh
jangan risaukan aku sayang, pergi lah dengan hidup kau

mencintai kau, menyesal betul aku
kenapa...lah aku je yang terluka macam ni
menyesallah.. beri kau segalanya yang aku ada
kau ni membencikan, membencikan, janganlah tinggalkan aku

Sial, kau tak terpadam pun
Sial, aku masih terfikirkan kau
Sial, air mataku belum kering

macam bodoh, aku asyik terfikirkan kau, sepanjang hari

kat manalah agak nya kau, apalah yang kau sedang buat
adakah kau hidup bahagia
kalaupun bukan aku
ramai lagi yang boleh buat kau bahagia
tapi kenapalah aku terluka sampai macam ni

hatiku masih nak kau, aku masih dalam cinta kau
hatiku masih cintakan kau, yang terus ada dalam ingatan
hatiku masih nak kau, kau masih ada dalam ni
tinggal aku seorang, macam nilah aku menangis

mencintai kau, menyesal betul aku
kenapa...lah aku je yang terluka macam ni
menyesallah.. beri kau segalanya yang aku ada
kau ni membencikan, membencikan, janganlah tinggalkan aku

Sial, kau tak terpadam pun
Sial, aku masih terfikirkan kau
Sial, air mataku belum kering

macam bodoh, aku asyik terfikirkan kau, sepanjang hari

lupakan kau, lupakannya
padamkan kau, padamkannya
lupakan kau, lupakannya
padamkan kau, padamkannya

macam bodoh je, sepanjang hari....

Tuesday, April 6, 2010

Kpop artists

SESETENGAH daripada artis kpop yang saya suka. bukan semua.. hahaha saya dapat tahu yang susah sebenarnya nak kenal setiap ahli dalam kumpulan mereka, jadi saya kepilkan nama bersama tuan punya badan dalam kumpulan tu. Jadi lebih senang untuk peminat baru untuk lebih kenali mereka.
Maaflah, sesetengah nama tak berapa jelas. Apapun, douzo.


















Cho Shin Sung, Supernova




















SuJu, Super Junior

















SS501, Double S
























SNSD So Nyeo Shi Dae, Girls Generation





















SHINee























DBSK Dong Bang Shin Ki, Tohoshinki, Tong Vfang Xin Qui TVXQ
















Beast B2st

Tak berapa hebat

Hari ni, saya keluar untuk tonton wayang Kaiji bersama kawan, Ultimate Survivor Kaiji. Sebenarnya saya sepatutnya keluar berseorangan, tapi kawan saya bersimpati, dia pun temankan dan heret sekali seorang lagi kawan..

Dan, nampaknya Kaiji belum muncul.

Ya, belum disiarkan. Dan saya pun diheret membeli belah, perkara paling lemah untuk saya buat. Tapi nak buat macam mana, terpaksalah juga mengelilingi One Utama tu. Rasa bengang jugalah. Tapi takpelah, sebab saya nampak iklan Lolipop 2 Big Bang, jadi terubat jugalah.

Saya pun terkilas sehelai T-shirt di FOS menyerupai t-shirt NII BigBang. Hm...

Takpelah, lepas ni nak tengok show Kat-Tun. hahahha

MySpace

Thursday, April 1, 2010

Gambar Bloody Monday 2

Ada beberapa gambar dari Bloody Monday 2 yang saya baru ambil. Alhamdulillah, dah tengok habis (tak berapa habis sebenarnya) sebab tak sempat nak muat... Ah, saya betul betul suka cerita ni! Cerita ni memang hebat, dan sangat bagus!
Ini gambar Takagi Fujimaru=Falcon=Miura Haruma



Patutkh saya ambil gamabr semua watak penting dalam cerita tu? Saya kurang pasti. Agaknya saya akan buat apabila saya rasa rajin. huhu

MySpace

Bloody Monday 2

Ya benar! Kegilaan saya yang terbaru, Bloody Monday 2! Ini adalah drama Jepun, yang boleh dikatakan baru, dan dengan plot cerita yang penuh saspens dan menarik, telah berjaya melekat dalam fikiran saya sepanjang hari!

Bloody Monday 2 adalah berkaitan dengan seorang hacker, penggodam yang sangat hebat, dengan nama samaran, Falcon. Falcon=burung helang. Takagi Fujimaru=Miura Haruma. Cerita ini sebenarnya adalah kesinambungan Bloody Monday 1. Kisah ini berkisar tentang tindakan pengganas yang ingin menguasai@menghapuskan Jepun, dan nampaknya, pihak Third-I, di bawah kuasa kerajaan, telah menemui bakat Falcon dan dia banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang tidak sudah-sudah ditimbulkan oleh pengganas. Bloody Monday itu sendiri adalah senjata, yang diguankan pengganas untuk merelalisasikan misi mereka. Dalam Season 2, Falcon berhadapan dengan pesaing hebat, Hornet. Walaubagaimanapun, kisah ini tidak semudah mana, terlalu banyak perkara yang agak sukar difahami dan anda hanya akan mendapat tahu jawapannya berhampiran hujung cerita.

Cerita ini begitu banyak disajikan dengan perkara-perkara yang mengejutkan, dan tak disangka-sangka. Apakah kesudahannya? Apakah Takagi dan Third-I berjaya menyekat harapan pengganas membina Jepun yang baru? Adakah kisah Bloody Monday akan tamat setakat ini atau ada perjalanan jauh yang masih perlu ditempuh? Saksikan!!!

Wednesday, March 31, 2010

Yeay! Liar Game!

Hi! Assalamualaikum! Hahah ok ni cuma salah satu daripada post saya di blog English, malas ah nak bust semua. Apapun saya nak cerita sikit tentang Liar Game. Pernah dengar? Liar Game, cerita Jepun. maaf, drama Jepun. Memang terbaik dan hebat. Huhu patutlah ramai betul yang fanatik dengan drama Jepun atau Korea, sampaikan dalam kehidupan yang nyata ni pun diorang bayangkan macam dalam drama. Sebab drama Jepun dan Korea ni memang hebatlah.. Sejujurnya, saya tak minat sangat drama Jeun ni. Dahulu, saya cuma dengar saja orang bercerita mengenai kegilaan Jdrama. cuma baru-baru ni saya jadi tertarik. Liar Game ni dia ada dua, season 1 dan season 2. saya tengok season 2 dulu sebab saya dapat tahu mengenai drama ni pun dari majalah. Liar Game ni tentang apa? hmm...

Drama ni mengisahkan tentang Nao Kanzaki dan Akiyama Shinichi. Mereka ni sekutu dalam kedua-dua musim Liar Game. Mujur je mereka ni selamat, dapat terlepas (yelah Liar Game ni apa.. **) ops jangan cakap benda tak elok ye, sabar, sabar... Maag, gomen, gomen.. Liar Game ni macam, sebahagian orang yang terpilih, agaknya menyertai Liar Game ni, Round 1, 2, 3, 4, semi final dan final. dan mereka akan diberi pinjaman 100 millon yen setiap seorang. bergantung sebebnarnya, pada awal permainan wnag yang diberi pinjam adalah kurang. Dan, anda harus jaga duit anda, Liar Game-tentunya anda harus menipu duit lawan anda. round yang berbeza akan menentukan permainan yang berbeza, oleh yang demikian anda akan dapat saksikan pelbagai format dan tipu helah. Walaubagaimanapun, bagi pihak yang kalah, mereka akan ditimpa amsalah-hutang 100 million yen. Begitulah Liar Game-licik dan penuh tipu helah.
Namun, Nao Kanzaki, seornag yang lurus bedul dan entah berapa kali tertipu dengan tipu helah yang senang pun, boleh terpilih menyertai permainan ini. Apapun, bagaimana si Nao ni boleh pula selamat dalam filem ini? Shinich Akiyama, seorang penipu hebat menolong Nao untuk mendapatkan kembali duit yang ditipu oleh pesaimg pertamanya, cikgu sekolahnya sendiri.

Setelah pusingan ketiga, semua orang lega kerana tiada lagi kad hitam dan duit banyak di luar pintu mereka, jadi, sudah tentulah, liar Game sudah tamat.

Bagaimanapun, bukan itu yang berlaku.

Kali ini, persaingan yang lebih hebat bakal anda saksikan kerana semakin banyak pusingan berlalu, yang tinggal hanyalah pesaing2 yang hebat. Sehingga Shinichi Akiyama pun boleh rasa tergugat, dan hampir saja membawa kegagalan. Adakah Akiyama akan menang bersama Nao, untuk menuju ke kepala HQ Liar Game ini dan menghapuskannya, atau mereka hanya akan menjadi seperti mangsa lain yang menanggung beban hutang? Jangan lupa saksikan!

Liar Game Season 1, Season 2, and possibly, Liar Game Final-Movie.

Permulaan

Walaupun saya dah adablog bahasa Inggeris, tapi saya bercadang nak buat dwibahasa la kononnyya.. huhu selamat berjaya!